|
MINGGU TIDAK MENONTON TELEVISYEN 21-27 April 2009 21 hingga 27 April ialah MINGGU TIDAK MENONTON TELEVISYEN. Kempen tahunan yang telah dianjurkan semenjak 1995 ini bertujuan untuk mengalakkan para ibu bapa untuk menutup televisyen mereka di rumah dan menghabiskan masa bersama-sama anak-anak dengan membuat perkara-perkara lain.
Mengapa tidak menonton televisyen? Menonton TV telah menghabiskan masa yang sepatutnya diluang bersama-sama keluarga. Tabiat ini juga merupakan sebab utama berlakunya obesiti dalam kalangan orang dewasa dan juga kanak-kanak. Menonton televisyen yang berlebih-lebihan untuk tujuan rekreasi telah menyebabkan wujudnya gaya hidup suka berseorangan dan tidak banyak melibatkan aktiviti fizikal. Justeru ia tidak baik dari segi mental mahupun fizikal. MINGGU TIDAK MENONTON TELEVISYEN membantu dalam menaikkan kesedaran bahawa masa menonton televisyen perlu dihadkan kepada kurang daripada dua jam sehari. Di kebanyakan negara, kanak-kanak dan golongan muda menghabiskan mada antara 4 hingga 6 jam sehari menonton televisyen, bermain permainan video, atau menggunakan komputer untuk tujuan rekreasi. Menutup televisyen memberi peluang kepada anda untuk berfikir, membaca, mencipta dan membuat sesuatu yang baru. Siapakah yang perlu mengambil bahagian? Kempen ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja. Terdapat berjuta-juta orang di seluruh dunia yang mengambil bahagian dalam minggu tidak menonton televisyen. Kanak-kanak dan golongan dewasa, kaya dan miskin – tanpa mengira latar belakang dan lapisan hidup – mengambil bahagian melalui sekolah, institusi agama, kumpulan komuniti, keluarga dan individu-individu. Adakah Minggu Tidak Menonton Televisyen Boleh Berjaya! Berdasarkan bancian yang dilakukan oleh Sekretariat Minggu Tidak Menonton Televisyen sebagai susulan kepada kempen yang dijalankan, didapati 90% daripada peserta tersebut berjaya mengurangkan menonton televisyen setelah menyertai kempen ini. TUTUP TV DAN MULAKAN HIDUP ANDA ! ! !
Beberapa aktiviti alternatif yang boleh dilakukan oleh anak-anak dan keluarga
1. Menjadi sukarelawan yang mengajar membaca, matematik dan kemahiran komputer di sekolahr. 2. Belajar bermain gitar atau peralatan muz. 3. ikal yang lain 4. Menganjurkan aktiviti gotong royong sesama komuniti. 5. Cantumkan gambar 6. Lawati perpustakaan. Pinjam sebuah buku. Hadiri aktiviti-aktiviti perpustakaan. 7. Mendengar radio 8. Pergi ke zoo. 9. Warnakan gambar atau mural 10. Ketahui tentang pusat komuniti kawasan atau aktiviti-aktiviti taman anda. 11. Pergi berenang. 12. Rancang perkelahan atau barbeku. 13. Perhatikan aktiviti burung. 14. Menjadi sukarelawan untuk organisasi komuniti atau kebajikan. 15. Bermain dengan binatang peliharaan. 16. Menulis surat kepada rakan atau saudara. 17. Belajarl memasak. 18. Tanam bunga, sayuran atau tumbuhan herba 19. Membaca majalah atau suratkhabar. 20. Bermain permainan bola keranjang, bola sepak atau bola jaring dalam kawasan kejiranan anda. 21. Pergi berkhemah (walaupun di kawasan laman belakang rumah!). 22. Periksa almari dan pakaian anda. Dermakan barangan yang berlebihan kepada yang miskin. 23. Mulakan satu diari / jurnal harian. 24. Pergi ke muzium. 25. Berjalan kaki sambil menikmati persekitaran. Kutip biji-bijian dan daun-daun. Buat kolaj dengan bahan yang dikutip dan tampal pada peti sejuk 26. Bermain kad. 27. Menubuhkan kumpulan senaman komuniti yang membuat aktiviti seperti berjalan, berlari atau berbasikal. 28. Baca satu cerita kepada adik lelaki dan adik perempuan anda. 29. Keluarkan album foto keluarga anda. Kaji salasilah keluarga anda. 30. Buat cenderamata dijadikan hadiah. 31. Mendapatkan ilham untuk mengarang buku yang baru 32. Belajar untuk menyebut frasa yang mudah dalam beberapa jenis bahasa. 33. Bertanya ahli keluarga yang tua tentang kisah hidup zaman kanak-kanak mereka. Tulis semula kisah hidup mereka untuk dijadikan sebagai biografi. 34. Belajar beberapa teka-teki dan lawak jenaka. 35. Membakar sejumlah dua biskut ; satu kepada keluarga dan satu kepada jiran anda 36. Lihat langit malam dengan binokular; kenal pasti buruj yang berbeza. Perhatikan juga bulan 37. Pergi ke kedai buku yang berhampiran. 38. Pergi menonton wayang gambar bersama rakan dan keluarga anda 39. Berjalan kaki ke tempat kerja atau sekolah. 40. Berlatih untuk perlumbaan separa maraton. 41. Ajar jiran anda tentang perisian komputer. 42. Pergi memancing. 43. Mulakan projek keluarga.
|