Home Kempen Pengguna Kempen-kempen lepas Hari Alam Sekitar Sedunia

3K in Facebook

 

3K kini dalam FACEBOOK - Sertailah 'HOT CONSUMERS" sekarang
Klik di sini untuk menyertai facebook kami 

 
Hari Alam Sekitar Sedunia PDF Print E-mail
Tuesday, 23 June 2009 17:36

5 Jun 2009 - merupakan Hari Alam Sekitar Sedunia. Hari Alam Sekitar Sedunia adalah prinsip penggerak, yang melaluinya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menimbulkan kesedaran alam sekitar di seluruh dunia serta mempertingkatkan tindakan dan penglibatan terhadap perubahan alam sekitar.

Perubahan iklim kini disifatkan sebagai suatu cabaran yang hebat pada zaman ini.
Di antara kesan pencemaran dan perubahan iklim yang berlaku ialah:
•    Suhu meningkat
•    Keadaan cuaca yang melampau
•    Kekurangan makanan
•    Hujan yang berkurang
•    Kepupusan flora dan fauna
•    Peningkatan pada paras laut
•    Kesan Ekonomi

Tema Hari Alam Sekitar 2009 ialah “ Planet Anda Memerlukan Anda! Bersatulah Menghadapi Perubahan Iklim”. Ia merupakan seruan kepada semua pihak, terutamanya golongan remaja, untuk melibatkan diri, memikirkan semula pola penggunaan dan perbelanjaan seseorang, yang kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat terhadap kesejahteraan psikologi seseorang. Begitu juga ia berkait rapat dengan pembaziran, pelepasan gas rumah hijau dan mengamalkan gaya hidup yang lebih hijau.

Hari Alam Sekitar merupakan hari untuk semua orang, iaitu ia memberi peluang kepada semua pihak untuk mengambil bahagian dalam tindakan sejagat bagi menggalakkan perlindungan terhadap iklim, menggunakan sumber dengan lestari serta mengamalkan gaya hidup yang mesra alam sekitar.

Ban Ki-Moon, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

" Kegawatan ekonomi dan kewangan yang melanda dunia merupakan satu panggilan sebenar untuk membangunkan semua pihak, menjadi penggera terhadap keperluan untuk menggantikan corak pertumbuhan yang lama dan melakukan transisi kepada era baru pembangunan yang lebih hijau dan bersih. Tema – ”Planet Anda Memerlukan Anda” bermaksud untuk memberi inspirasi kepada semua pihak "