Home Kempen Pengguna Kempen-kempen lepas Hari Tidak Berbelanja

3K in Facebook

 

3K kini dalam FACEBOOK - Sertailah 'HOT CONSUMERS" sekarang
Klik di sini untuk menyertai facebook kami 

 
Hari Tidak Berbelanja PDF Print E-mail
Friday, 15 August 2008 13:53

16 Julai 2008 merupakan Hari Tidak Berbelanja. Pada hari tersebut anda perlu mencabar diri anda, keluarga dan rakan-rakan untuk tidak berbelanja dan menghayati nilai-nilai kehidupan.

 

Cabaran ini mudah sahaja – amalkan cara hidup yang sederhana selama sehari. Luangkan masa anda bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Jangan membelanjakan wang untuk mereka pada hari tersebut. Walaupun ini agak membosankan dan klise, tetapi kasih sayang tidak boleh dijual beli dengan wang.

Hari Tidak Berbelanja merupakan hari untuk kita menilai semula nilai diri sebagai seorang pengguna. Inilah masa untuk memikirkan semula tentang nilai yang dapat kita berikan  kepada keluarga, rakan-rakan dan barangan yang dibeli. Berapa banyak harta yang anda miliki untuk menunjukkan status anda? Bagaimana anda ingin menampilkan diri sebenar andadaripada apa yang anda miliki?

Ini jugalah masanya untuk memikirkan semula pola perbelanjaan anda. Berapa banyak wang yang dibelanjakan untuk menikmati keperluan ”sebenar” dan berapa banyak pula yang dibelanjakan untuk memenuhi ”kemahuan”. Bersediakah anda untuk kurang berbelanja terhadap barangan dan perkhidmatan tertentu yang setara kualitinya, atau anda terperangkap dengan jenama tertentu kerana beranggapan bahawa ia tidak memenuhi ”standard” yang anda ingini. Inilah masa untuk bermuhasabah. Buat keputusan anda sendiri.

HARI TIDAK BERBELANJA bukannya mengubah gaya hidup anda sekadar satu hari sahaja – kami berharap ia satu perubahan yang berterusan – mungkin perubahan kelak sepanjang hayat anda.

Last Updated on Monday, 16 March 2009 11:50
 
 

HPM 2011