| Pelancaran pelekat kenderaan |
|
|
|
| Friday, 29 August 2008 14:02 |
|
FOMCA dengan rakan kerjasamanya, Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan, (NCWO), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) melancarkan pelekat kenderaan ”Merdekakan Diri Daripada Pembaziran” bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-51. Pengeluaran pelekat kenderaan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti ”Kempen Konsumer Kebangsaan” (3K) yang diadakan selama 4 tahun, bermula pada bulan Jun 2008 sehingga Jun 2012. Pelancaran kempen ini turut mendapat kerjasama daripada persatuan-persatuan dan pengusaha-pengusaha pengangkutan awam seperti bas ekspres dan teksi. Butiran majlis pelancaran pelekat kenderaan adalah seperti berikut:
Sehubungan itu, pihak kami berharap agar pihak tuan dapat menghantarkan wakil media untuk membuat liputan majlis tersebut tersebut. Sekiranya pihak tuan ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Encik Muhammad Sha’ani Abdullah: 013-3363647 atau Encik Paul Selva Raj: 012-2385960. Sekian, harap maklum. MOHD YUSOF ABDUL RAHMAN |
| Last Updated on Friday, 10 April 2009 10:46 |





