Home Kempen Pengguna Kempen-kempen lepas Hari Penjimatan Elektrik

3K in Facebook

 

3K kini dalam FACEBOOK - Sertailah 'HOT CONSUMERS" sekarang
Klik di sini untuk menyertai facebook kami 

 
Hari Penjimatan Elektrik PDF Print E-mail
Friday, 27 February 2009 09:38

Hari Penjimatan Elektrik

 

Kempen penjimatan elektrik merupakan satu daripada komponen penting dalam Kempen Konsumer Kebangsaan (KKK) untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan penjimatan elektrik. Kempen ini disambut pada 27 Febuari 2009 bersamaan dengan ‘E-day’ yang disambut in negara-negara eropah.

Dunia hari ini semakin panas dan suhu yang kian meningkat ini menyebabkan pencairan glasier, peningkatan paras air laut dan mengundang pelbagai bencana alam yang lain. Pemanasan global ini disebabkan oleh gas rumah hijau seperti karbon dioksida, gas metana dan nitrogen oksida. Gas rumah hijau yang dilepaskan bertindak sebagai selimut yang memerangkap bahang matahari dalam atmosfera kita, menyebabkan pemanasan dunia.   

Cara penggunaan elektrik kita memberi kesan kepada pemanasan global. Lebih banyak elektrik kita gunakan, lebih banyak gas rumah hijau yang akan kita bebaskan. Ini adalah kerana elektrik kebanyakkanya dijanakan melalui bahan api fosil iaitu penyumbang utama gas rumah hijau. Bahan api fosil juga akan kehabisan tidak lama lagi kerana ia adalah terhad dan merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Maka pengunaan berlebihan akan menyebabkan kehabisan sumber ini dan dengan corak pengunaan kita hari ini, kita dijangka akan menghadapi bekalan elektrik yang tidak mencukupi dalam masa 2 atau 3 tahun yang akan datang.

Perubahan kecil dalam rumah kita boleh menukar masa depan dunia. Kecekapan tenaga adalah cara yang paling mudah untuk merendahkan pelepasan gas rumah hijau di rumah kita. Penjimatan elektrik menjanjikan bil elektrik yang rendah, pengunaan sumber dengan cekap dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau. Maka, marilah bertindak hari ini untuk mengurangkan pengunaan elektrik dan sentiasa ingat, “Perubahan Bermula Dengan Saya”.

 


Last Updated on Monday, 16 March 2009 11:48