Home Minggu tidak menonton TV

3K in Facebook

 

3K kini dalam FACEBOOK - Sertailah 'HOT CONSUMERS" sekarang
Klik di sini untuk menyertai facebook kami 

 
21 hingga 27 April - MINGGU TIDAK MENONTON TELEVISYEN PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 19 April 2010 17:51

Mengapa tidak menonton televisyen?

Menonton TV telah menghabiskan masa yang sepatutnya diluang bersama-sama keluarga. Tabiat ini juga merupakan sebab utama berlakunya obesiti dalam kalangan orang dewasa dan juga kanak-kanak. Menonton televisyen yang berlebih-lebihan untuk tujuan rekreasi telah menyebabkan wujudnya gaya hidup suka berseorangan dan tidak banyak melibatkan aktiviti fizikal. Justeru ia tidak baik dari segi mental mahupun fizikal.

MINGGU TIDAK MENONTON TELEVISYEN membantu dalam menaikkan kesedaran bahawa masa menonton televisyen perlu dihadkan kepada kurang daripada dua jam sehari. Di kebanyakan negara, kanak-kanak dan golongan muda menghabiskan mada antara 4 hingga 6 jam sehari menonton televisyen, bermain permainan video, atau menggunakan komputer untuk tujuan rekreasi.

Menutup televisyen memberi peluang kepada anda untuk berfikir, membaca, mencipta dan membuat sesuatu yang baru.

Siapakah yang perlu mengambil bahagian?

Kempen ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja. Terdapat berjuta-juta orang di seluruh  dunia yang mengambil bahagian dalam minggu tidak menonton televisyen. Kanak-kanak dan golongan dewasa, kaya dan miskin – tanpa mengira latar belakang dan lapisan hidup – mengambil bahagian melalui sekolah, institusi agama, kumpulan komuniti, keluarga dan individu-individu.

Minggu Tidak Menonton Televisyen Boleh Berjaya!

Berdasarkan bancian yang dilakukan oleh Sekretariat Minggu Tidak Menonton Televisyen sebagai susulan kepada kempen yang dijalankan, didapati 90% daripada peserta tersebut berjaya mengurangkan menonton televisyen setelah menyertai kempen ini.

Kad Laporan

Sepanjang tempoh tersebut, peserta diminta mengisi Kad laporan untuk mencatatkan aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak atau anda apabila tidak menonton televisyen.

Pada 27 April, kad laporan itu akan dikutip semula untuk dibuat analisis. Selain itu ibu bapa turut diminta berkongsi pengalaman mereka memantau aktiviti anak-anak apabila tidak menonton televisyen.

Klik disini untuk muat turun Kad Laporan MINGGU TIDAK MENONTON TV - Email kembali kad laporan in kepada kami pada 27hb April 2010 di This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it  

TUTUP TV DAN MULAKAN HIDUP ANDA - Klik disini untuk muat turun brosur kempen MINGGU TIDAK MENONTON TELEVISYEN


Aktiviti-aktiviti alternatif yang boleh dilakukan oleh anak-anak dan keluarga

  1. Mengadakan aktiviti bersama keluarga di taman permainan.
  2. Belajar bersama gitar atau alat-alat muzik yang lain
  3. Menganjurkan aktiviti gotong-royong sesama keluarga atau komuniti.
  4. Cantumkan gambar.
  5. Pergi ke perpustakaan. Meminjam buku atau terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang terdapat di perpustakaan.
  6. Mendengar radio.
  7. Pergi ke zoo.
  8. Warnakan gambar atau mural.
  9. Ketahui tentang pusat komuniti kawasan atau aktiviti-aktiviti di taman anda.
  10. Pergi berenang.
  11. Rancang perkelahan atau barbeku.
  12. Perhatikan aktiviti burung.
  13. Bermain dengan haiwan peliharaan.
  14. Menulis surat kepada rakan atau saudara.
  15. Tanam bunga, sayur-sayuran atau tumbuhan herba.
  16. Membaca majalah atau suratkharbar.
  17. Bermain permainan bola keranjang, bola sepak atau bola jarring dalam kawasan kejiranan anda.
  18. Pergi berkhemah (walaupun di kawasan laman belakang rumah!)
  19. Mengemas almari dan pakaian anda. Dermakan barangan yang berlebihan kepada golongan miskin.
  20. Mulakan catatan diari / jurnal harian.
  21. Pergi ke muzium.
  22. Berjalan kaki sambil menikmati persekitaran. Kutip biji-bijian dan daun-daun. Buat kolaj dengan bahan yang dikutip dan tampal pada peti sejuk.
  23. Bermain kad.
  24. Keluarkan album foto keluarga anda. Kaji salasilah keluarga anda.
  25. Buat cenderamata untuk dijadikan hadiah.
  26. Bertanya ahli keluarga yang tua tentang kisah hidup zaman kanak-kanak mereka.
  27. Belajar beberapa teka-teki dan lawak jenaka.
  28. Lihat langit malam dengan teropong; kenal pasti bintang yang berbeza. Perhatikan juga bulan.
  29. Pergi ke kedai buku yang berhampiran.
  30. Pergi ke pasar raya yang berhampiran.
  31. Berjalan kaki ke tempat kerja atau sekolah.
  32. Berlatih untuk perlumbaan separa marathon.
  33. Pergi memancing.
  34. Mulakan projek keluarga. 
  35. Membuat roti, kek atau biskut bersama ibu.
  36. Berbasikal.
  37. Main catur bersama ahli keluarga.
  38. Kunjung ke pasar malam.
  39. Pergi ke membeli sayur bersama ibu.
  40. Membuat kraftangan dengan benda kitar semula.
  41. Mengambil foto bersama ahli keluarga.
  42. Belajar memasak.
  43. Belajar untuk menyebut frasa yang mudah dalam beberapa jenis bahasa.
  44. Bermain congkak.
  45. Mengadakan pertandingan menyanyi di rumah.
  46. Mengunjung ke pusat membeli belah.
  47. Belajar bermain gelang hula.
  48. Mendaki bukit.
  49. Mengunjung ke pesta yang berdekatan.
  50. Membuat kerja rumah yang diberi oleh guru.
  51. Menjadi sukarelawan yang mengajar membaca, matematik dan kemahiran komputer di sekolah.
  52. Menjadi sukarelawan untuk organisasi komuniti atau kebajikan.
  53. Menubuhkan kumpulan senanam komuniti yang membuat aktiviti seperti berjalan, berlari atau berbasikal.
  54. Baca satu cerita kepada adik-adik anda.
  55. Mendapatkan ilham untuk mengarang buku yang baru.
  56. Menubuhkan pasukan bola jaring belia / kanak-kanak.
  57. Ajar jiran anda tentang perisian komputer.
  58. Mengambil bahagian dalam pertandingan pengembara mencari harta karun.
  59. Melawat ke air terjun.
  60. Menyertai kelas menari.
Last Updated on Thursday, 27 May 2010 15:02
 
 

HPM 2011