Home Portal Pengguna Penerbitan Risalah/Brochure Insurans

3K in Facebook

 

3K kini dalam FACEBOOK - Sertailah 'HOT CONSUMERS" sekarang
Klik di sini untuk menyertai facebook kami 

 
Insurans PDF Print E-mail
Thursday, 09 April 2009 17:01

APAKAH INSURANS?

Insurans merupakan satu alat kewanagan yang boleh anda membeli bagi melindungi diri daripada sebarang kemungkinan yang boleh berlaku. Insurans merupakan salah satu cara untuk membekalkan anda dengan perlindungan atau penimpal dari segi kewangan sekiranya sesuatu melandai anda, keluarga anda, ataupun aset anda.

BAGAIMANAKAH INSURANS BERFUNGSI?

-    Dengan sedikit bayaran premium, sesebuah syarikat yang berlesen akan menggantikan barangan yang telah dimusnahkan atau dirosakkan asalkan kerugian tersebut memenuhi syarat- syarat untuk permohonan insurans – anda dapat mengurangkan kerugian seandainya sesuatu peristiwa yang negatif berlaku.
-    Namun begitu, peristiwa tersebut perlu berlaku dalam tempoh insurans dan memenuhi had minima jumlah ganti rugi insurans.
-    Industri insurans di Malaysia dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia.

JENIS- JENIS INSURANS

1.    Insurans hayat (melindungi anda dan nyawa anda terhadap risiko- risiko seperti kematian awal, jangkitan penyakit, kecacatan serta rawatan di hospital.)
-    Sepanjang hayat
-    Hayat penggal
-    Pembiayaan
-    Hubungan pelaburan
-    Perubatan dan kesihatan
-    Penggal pengurangan gadai janji

2.    Insurans am (melindungi anda terhadap kerugian sebagai akibat pencurian ataupun kerosakan aset anda.)
-    Kenderaan
Insurans ini melindungi kenderaan anda daripada pencurian, kemalangan dan kebakaran. Sekiranya anda membeli perlindungan pihak ketiga (third party), anda berhak memohon ganti rugi bagi dakwaan terhadap anda daripada pihak ketiga untuk sebarang kecederaan atau kematian seseorang yang lain (pihak ketiga), termasuk kerugian atau kerosakan pada kenderaan pihak ketiga yang disebabkan oleh kenderaan anda. Kalau anda memilih insurans menyeluruh, anda akan memperoleh insurans yang paling luas liputannya, iaitu ganti rugi kepada sebarang kecederaan dan kematian pihak ketiga, kerugian atau kerosakan barangan pihak ketiga, serta kerugian atau kerosakan kenderaan anda bagi kes- kes kemalangan, perncurian atau kebakaran.

-    Rumah
Polisi bagi kebakaran asas merangkumi perlindungan bangunan terhadap kebakaran, kilat dan keletupan. Polisi pemilik rumah pula meliputi jaminan perlindungan rumah terhadap kerugian atau kerosakan sebagai akibat banjir, kebocoran paip, dan lain- lain malapetaka. Polisi kandungan penghuni rumah menjamin perlindungan kandungan rumah seperti perabot dan perkakas rumah terhadap pencurian, bah dan kebakaran. Polisi tersebut tidak meliputi kerosakan rumah.

-    Perjalanan
Insurans jenis ini memang sesuai dibeli sekiranya anda perlu ke luar negara. Insurans ini melindungi anda terhadap kemalangan ketika perjalanan, penangguhan atau penggangguan waktu perlepasan, kehilangan bagasi, perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan yang lain.

-    Barangan persendirian
Insurans ini melindungi barangan milik diri seperti komputer, telefon bimbit, komputer riba dan kamera terhadap kehilangan atau pencurian.

3.    Takaful (Takaful merupakan perlindungan insurans yang berasaskan prinsip- prinsip Shariah)
Secara umum, terdapat 3 jenis takaful:
1.    Takaful rumah
2.    Takaful kenderaan
3.    Kemalangan persendirian

CUKAI RELIEF (TAX RELIEF)

Anda boleh memohon untuk cukai relief bagi premium yang anda bayar, tertakluk kepada terma dan syarat yang tertentu. Bagi satu polisi hayat biasa, jumlah maxima relief ialah RM 6,000 setiap tahun termasuk pembayaran kepada sebarang skema faedah persaraan yang diluluskan, contohnya Employess Provident Fund (EPF) ataupun skema pencen yang lain. Bagi polisi perubatan dan akademik, cukai relief ialah RM3,000 setiap tahun.

KEPENTINGAN PENDEDAHAN (DISCLOSURE)

Anda mesti memberi butir- butir peribadi anda dengan tepat dan jujur. Sekiranya ajen anda yang mengisikan borang butiran bagi anda, pastikan bahawa anda membaca dan memahami syarat- syarat yang ditetapkan sebelum menandatangi borang tersebut. Kalau tidak, borang itu boleh dianggap tidak sah.

SEBELUM ANDA MEMBELI INSURANS

1.    Pastikan anda tahu akan jenis- jenis polisi yang ditawarkan
2.    Memahami apa yang diliputi oleh polisi tersebut (dan adakah ia selaras dengan keperluan dan liputan anda)
3.    Memilih satu syarikat insurans
-    Kestabilan kewangan
-    Keadilan, cepat dan tepat dalam mengendalikan permohonan ganti rugi
-    Keupayaan dan kesanggupan untuk menyumbangkan perkhidmatan sebelum dan selepas sesuatu kerugian
4.    Terma dan syarat- syarat, termasuk syarat- syarat yang sedia ada
5.    Jumlah premium yang boleh dibayar – kuantiti yang dilindungi insurans dan tempoh liputan
6.    Keadaan- keadaan di mana anda boleh menuntut ganti rugi.
7.    Langkah- langkah yang terlibat dalam permohonan ganti rugi
a.    Dokumen- dokumen yang diperlukan
8.    Meminta panduan ajen insurans yang berlesen
-    Memastikan bahawa ajen itu telah didaftarkan oleh PIAM sebelum menjalankan sebarang perjanjian atau hal- hal am insurans.
-    Ajen tersebut mesti mempunyai ilmu pengetahuan mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat insurans yang dia wakili.
-    Semangat beretika yang baik dan menrutarakan kepentingan pelanggan
-    Pandai berkomunikasi supaya pelanggan dapat memahami syarat- syarat insurans, hak- hak dan juga kewajipan yang terlibat selepas menandatangani kontrak tersebut.

CARA- CARA UNTUK MENUNTUT GANTI RUGI

Sekiranya rumah anda mengalami kerosakan atau barangan anda dirosakkan atau dicuri,
1.    Memeriksa bahawa adakah jenis kerosakan yang anda alami adalah di bawah perlindungan insurans.
2.    Memaklumkan ajen insurans anda bahawa anda ingin menuntut ganti rugi dan meminta borang permohonan daripadanya.
3.    Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan kenderaan, catatkan butir- butir kemalangan tersebut seperti nama dan alamat  pemandu dan semua penumpang. Selain itu, catatkan juga nombor plat dan juga model kenderaan di samping merekodkan nombor lesen pemandu dan identifikasi insurans. Cuba mencatatkan sebanyak mungkin nama dan alamat saksi- saksi kamalangan tersebut.
4.    Melaporkan kepada polis kemalangan tersebut dengan membekalkan maklumat- maklumat yang diperlukan oleh pihak polis. Anda perlu mendapatkan satu salinan laporan polis.
5.    Menghubungi dan memaklumkan ajen insurans atau syarikat insurans tentang kemalangan tersebut lalu meminta panduan mengenai borang- borang serta dokumen- dokumen yang diperlukan untuk menyokong permohonan itu.
6.    Borang permohonan ganti rugi perlu dihantarkan bersama- sama dengan:
a.    Laporan polis
b.    Salinan fotokopi kad identiti
c.    Lesen pemandu
d.    Kad pendaftaran kenderaan
e.    Cukai jalan

APAKAH YANG AKAN BERLAKU SEKIRANYA ANDA GAGAL MEMBAYAR BAYARAN PREMIUM?

Klausa 60- hari waranti premium
Syarikat insurans umum biasanya menguatkuasakan klausa 60- hari warenti premium. Bagi kebanyakan liputan insurans kecuali bagi polisi insurans kenderaan, insurans perjalanan, insurans badan kapal marin dan bon insurans.
Di bawah klausa waranti premium ini, individu yang perlu memberi bayaran premium yang dikenakan dalam masa 60 hari, mulai daripada tarikh efektif (effective date) liputan insurans anda (polisi insurans, nota lindungan dan sijil pembaharuan akan menunjukkan tarikh efektif tersebut). Sekiranya premium tersebut tidak dibayar dalam tempoh 60 hari, liputan insurans akan dibatalkan secara automatik mulai hari yang ke- 61.
Bagi insurans kenderaan, undang- undang yang digubalkan menetapkan bahawa insurans kenderaan hanya boleh dikeluarkan oleh ajen insurans mengikuti konsep ‘bayar sebelum terima perlindungan’. Hal ini bererti bahawa premium mesti dibayar dulu sebelum polisi atau nota lindungan insurans kenderaan boleh dikeluarkan.

TEMPAT MENGADU

Anda boleh menerangkan pengaduan anda dengan menghantarkan surat kepada seorang pengantara (mediator) di:

Financial Mediation Bureau (Biro Pengantaraan Kewangan)
Level 25, Jalan 4
Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur

Anda tidak perlu meminta bantuan pakar bagi membentangkan pengaduan anda. Jika anda ingin berbuat demikian, bayaran yang terlibat ditanggungi sendiri. Kini, perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengantara tidak dikenakan sebarang cas bayaran.
Seandainya perkara yang diadu dapat diselesaikan oleh pengantara, beliau akan meminta dokumen- dokumen yang berkaitan daripada anda.

Pengantara tersebut turut memerlukan ajen atau syarikat insurans anda untuk membekalkan semua fail yang berkenaan dengan kes anda. Kadang- kala, beliau akan meminta nasihat daripada pakar- pakar lain ataupun mengumpulkan kedua- dua pihak. Kalau perbuatan ini masih tidak dapat menyelesaikan masalah, beliau berhak memberikan satu keputusan yang logik dan adil berasaskan undang- undang dan juga amalan mulia insurans serta pemasaran.

Apabila seseorang pengantara telah membuat keputusan, beliau akan memaklumkan anda mengenai keputusan tersebut dan juga ajen atau syarikat insurans anda. Anda boleh bertindak sama ada untuk menerima ataupun menolak keputusan tersebut.
Sekiranya anda menerima keputusan itu, anda berhak menerima ganti rugi, syarikat insurans anda mesti membayar ganti rugi yang berangka:
-    RM200,000 (Insurans kenderaan dan Kebakaran)
-    RM100,000 (Lain- lain)
-    RM5,000 (Kerosakan aset pihak ketiga)

Kalau anda menolak keputusan itu, anda berhak bertindak sebagaimana yang anda ingin. Keputusan yang ditolak tidak mempengaruhi hak anda untuk mengambil tindakan yang sah di sisi undang- undang.

Biro Tindakan Pengaduan PIAM (Complaints Action Bureau)

Biro ini juga berfungsi dalam member pertolongan bagi menyelesaikan pengaduan terhadap ahli syarikat lain oleh pelanggan, sama ada mereka adalah pemegang polisi ataupun pihak ketiga.

Bagi keadaan di mana pengaduan masih tidak dapat diselesaikan, atau apabila aduan tersebut melibatkan ganti rugi persendirian yang kurang daripada RM200,000, pengadu mungkin dicadangkan untuk merujukkan hal tersebut kepada Biro Pengantaraan Kewangan.

Biro Pengendalian Pengaduan PIAM terletak di:
Tingkat 3, Wisma PIAM
150 Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur

Perkara- perkara yang perlu anda ingati

Apabila anda membuat pengaduan sama ada kepada Biro Pengantaraan Kewangan atau kepada Biro Pengendalian Pengaduan PIAM, anda boleh meminta bahawa pengaduan anda disiasati sekiranya:
•    Polisi insurans anda ditawarkan oleh syarikat yang merupakan ahli PIAM atau Biro Pengantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau - FMB). Semua ahli PIAM adalah ahli FMB.
•    Anda dan pembekal insurans anda gagal mencapai satu perjanjian dan tempoh masih dalam masa 6 bulan  selepas keputusan terakhir pegawai kanan pengurusan.
•    Anda belum memulakan tindakan undang- undang yang sah.