| Kolej Wanbourgh Distance Learning |
|
|
|
| Friday, 29 January 2010 14:22 | |
Bengkel 3K telah dijalankan di Kolej Wanbourgh Distance Learning pada 6 Februari 2010.Bengkel ini bermula pada 10 pagi hingga 1 tengah hari dan telah dihadiri oleh 30 orang pelajar berumar 15, 16 & 17 tahun.Masalah: 1. Berpendapat barang berjenama adalah baik manakala barang murah tidak bernilai-pengaruh media 2. Tiada pendedahan terhadap isu-isu kepenggunaan. 3. Isu resit tidak dipandang berat. 4. Penjual mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran yang lebih dalam penjualan kad prabayar. 5. Tidak mempunyai akaun simpanan. Cadangan daripada Kumpulan 3K : 1. Penggunaan barangan berjenama atau barang yang murah mempunyai fungsi yang sama. Selain itu,barangan berharga rendah mampu mengurangkan kos perbelanjaan sesuatu barangan. 2. Mengaktifkan semula kelab/persatuan pengguna dimana para pelajar boleh melibatkan diri dalam aktiviti kepenggunaan secara langsung. Sebagai contoh, kepentingan alam sekitar ‘Hak Kepada Alam Sekitar Yang Bersih dan Sihat’ merupakan isu global dan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menanggani isu ini dengan cara yang terbaik. 3. Semak resit agar setiap pembelian direkod dengan betul. Maka, pengguna boleh mengetahui perbelanjaan yang dilakukan bagi barangan tertentu. 4. Melaporkan kepada pihak Pusat Khimat Aduan Pengguna dan pada masa yang sama, menegur penjual kad prabayar supaya menghormati hak pengguna. 5. Keadaan ekonomi yang tidak stabil memberikan gambaran masa depan yang tidak menentu. Justeru, ibubapa perlulah memberi tunjuk ajar dalam menguruskan duit perbelanjaan mereka terutamanya dengan memiliki sebuah akaun simpanan bagi menjamin masa depan bak kata pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan’.
|
|
| Last Updated on Tuesday, 02 March 2010 17:09 |





Bengkel 3K telah dijalankan di Kolej Wanbourgh Distance Learning pada 6 Februari 2010.Bengkel ini bermula pada 10 pagi hingga 1 tengah hari dan telah dihadiri oleh 30 orang pelajar berumar 15, 16 & 17 tahun.