| Dewan Palong 7 & 8, Bahau |
|
|
|
| Thursday, 25 February 2010 15:40 |
|
Bengkel 3K telah dijalankan di Dewan Palong, Bahau pada 8 Februari 2010.Bengkel ini bermula pada 10 pagi hingga 1 tengah hari dan telah dihadiri oleh 47 orang yang terdiri daripada masyarakat Melayu dan India. Masalah: 1. Isu monopoli bagi harga barangan di kedai-kedai serta harga barangan yang semakin meningkat seolah-olah kerajaan tidak mampu mengawal keadaan. 2. Penjualan barangan sub-standard oleh penjual luar secara lelong menjadi tarikan bagi komuniti Palong. Barangan yang dilelong adalah barangan elektrik. Cadangan daripada 3K : 1. Menjelaskan isu subsidi berserta dengan beberapa contoh seperti isu harga gula. 2. Cara terbaik adalah dengan membuat aduan kepada pihak penguatkuasa tempatan. Walaupun tindakan boleh diambil oleh pihak penguatkuasa, para pengguna haruslah memainkan peranan dengan memastikan diri tidak diambil kesempatan oleh penjual yang tidak beretika. Barangan tidak berkualiti tiada nilainya walaupun dibeli dengan RM1 sahaja. Pengguna perlulah memastikan barangan yang dibeli adalah berkualiti dan tahan lama melalui pengamalan ‘Belilah Barangan Buatan Malaysia’ |
| Last Updated on Wednesday, 10 March 2010 12:12 |





