Home Program Terkini Pendidikan JKKK Kg.Arab, Port Dickson

3K in Facebook

 

3K kini dalam FACEBOOK - Sertailah 'HOT CONSUMERS" sekarang
Klik di sini untuk menyertai facebook kami 

 
JKKK Kg.Arab, Port Dickson PDF Print E-mail
Tuesday, 02 March 2010 15:36
Bengkel 3K telah dijalankan di Kampung Arab, Port Dickson pada 20 Februari 2010. Bengkel ini bermula pada 3 hingga 6 petang dan telah dihadiri oleh 67 orang masyarakat majmuk  yang merangkumi suri rumahtangga, pekerja swasta dan kerajaan dan bekerja sendiri.

 
 
Masalah:
1. Bergantung kepada jenama barangan yang dikenali dan enggan bertukar jenama walaupun harganya murah.
2. Membuat aduan sahaja tidak memberi kesan positif kepada isu harga yang semakin lama semakin meningkat. Sebagai contoh, pekedai menjual barangan yang mempunyai perbezaan harga barang yag amat ketara.
3. Menyeru supaya FOMCA memainkan peranan menjelaskan isu kenaikan harga yang tidak stabil kepada kerajaan.

Cadangan daripada 3K :
1. Beralih kepada barangan generik yang mampu mengurangkan kos dan hanya segelintir daripada peserta yang memaklumkan akan mencuba jenama lain atau barangan generik.

2.  Elakkan daripada membeli di kedai yang harganya lebih mahal. Para peserta mengharapkan pihak penguatkuasa sepenuhnya untuk mengambil tindakan daripada bertindak sendiri.

3. Penceramah menjelaskan bahawa FOMCA mempunyai fungsi terhad. FOMCA memainkan peranan menerusi polisi dan penyelidikan dan berserta dengan kempen 3K yang bermotif untuk memberikan maklumat agar pengguna akan bertindak lebih proaktif dan menggunakan kuasa sebagai pengguna yang berhemat.
"Get the Flash Player" "to see this gallery."
Last Updated on Friday, 05 March 2010 17:50
 
 

HPM 2011