Home Program Terkini Pendidikan Pekan Hulu Beranang

3K in Facebook

 

3K kini dalam FACEBOOK - Sertailah 'HOT CONSUMERS" sekarang
Klik di sini untuk menyertai facebook kami 

 
Pekan Hulu Beranang PDF Print E-mail
Friday, 05 March 2010 14:57
Bengkel 3K telah dijalankan di Pusat Aktiviti Perpaduan Rukun Tetangga, Pekan Hulu Beranang, Negeri Sembilan pada 21 Februari 2010.Bengkel ini bermula pada 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan telah dihadiri oleh 45 orang yang terdiri daripada suri rumahtangga, peniaga dan pesara kerajaan dan swasta.
 
 
 
Masalah: 
1. Bekalan air yang sering mengalami ganguan- hampir 20 kali sebulan.
2. Pungutan sampah yang tidak mengikut jadual  menyebabkan sampah membukit dihadapan rumah.
3. Pengangkutan awam yang tidak cekap. Oleh itu,majoriti daripada peserta memiliki kenderaan sendiri.
4. Kes penipuan melalui jualan dari rumah ke rumah.

Cadangan daripada 3K :

1. Melaporkan aduan secara bertulis kepada Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan.
 
2. Menghubungi Majlis Perbandaran Negeri Sembilan agar pungutan sampah dilakukan mengikut jadual. Masyarakat di Hulu Beranang boleh melakukan gotong-royong sekali seminggu melalui pengumpulan sampah-sarap di satu kawasan bagi menghindari daripada sampah membukit dihadapan rumah serta mengelak bau yang kurang menyenangkan.

3. Menasihati masyarakat supaya senantiasa berwaspada dan tidak mudah tertipu dengan helah jualan dari rumah ke rumah. Pada masa yang sama, membuat aduan bertulis kepada Pusat Khimat Aduan Pengguna (NCCC).
"Get the Flash Player" "to see this gallery."
Last Updated on Friday, 05 March 2010 15:17