|
Thursday, 26 November 2009 15:15 |
|
Bengkel 3K telah dijalankan di Sungai Petani, Kedah pada 15 November 2009. Bengkel ini bermula pada 2 petang hingga 6 petang dan telah dihadiri oleh 44 orang yang terdiri daripada wanita, belia, pekerja dan komuniti.
Ramai dikalangan mereka dari golongan berpendapatan rendah dimana mereka hanya mampu membeli barang-barangan setiap hari di kedai runcit atau pasar malam. Antara masalah utama yang dihadapi oleh peserta bengkel ini adalah mereka tidak pernah menyediakan senarai barang sebelum membuat pembelian dan ramai dikalangan mereka menjadi mangsa gores dan menang. Melalui perlaksanaan program ini, pengguna diberi didikan agar membuat pilihan sebelum pembelian dilakukan kerana ‘kuasa beli ditangan pengguna’dan menyediakan senarai barangan yang hendak dibeli agar tidak berbelanja lebih serta membuat aduan sekiranya berlaku penyelewengan.
|
|
Last Updated on Thursday, 26 November 2009 15:36 |