|
SJK(TI Ladang Sungai Getah |
|
|
|
|
Thursday, 26 November 2009 15:46 |
 Bengkel 3K telah dijalankan di SJK(T) Ladang Sungai Getah, Kedah pada 16 November 2009. Bengkel ini bermula pada 8.30 pagi hingga 12 tengah hari dan telah dihadiri oleh 100 pelajar darjah empat, lima dan enam.
Antara masalah utama yang dihadapi oleh peserta bengkel ini adalah suka membuang sampah dan tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Penceramah telah mengingatkan para pelajar mengenai kepentingan alam sekitar dan keadaan alam flora pada hari ini yang semakin pupus. Para pelajar sekolah ini tidak pernah hadir atau melibatkan diri dalam program kepenggunaan sebelum ini dan pada akhir program ini, mereka mengakui kepentingan alam hijau ini dan tanggungjawab bagi memeliharanya.
|
|
Last Updated on Thursday, 26 November 2009 16:02 |