Home Program Terkini Pendidikan Dewan MIC, Seremban

3K in Facebook

 

3K kini dalam FACEBOOK - Sertailah 'HOT CONSUMERS" sekarang
Klik di sini untuk menyertai facebook kami 

 
Dewan MIC, Seremban PDF Print E-mail
Wednesday, 24 February 2010 15:08
Bengkel 3K telah dijalankan di Dewan MIC, Seremban pada 6 Februari 2010.Bengkel ini bermula pada 7 petang hingga 10 malam dan telah dihadiri oleh 61 orang yang terdiri ahli-ahli MIC, pekerja swasta, kerajaan, kilang dan suri rumahtangga.


Masalah:
1. Memuja barangan berjenama seperti ‘Colgate’ dan gelisih akan penggunaan ubat gigi berjenama murah akan memberikan kesan sampingan.
2. Iklan mempengaruhi naluri pengguna dalam pembelian barangan.
3. Keliru dengan ‘isu booking fee’.
4. 5% caj harga jualan bagi pembelian bateri kereta sekiranya mengisukan resit.


Cadangan daripada 3K :
1. Penggunaan barangan yang tidak  berjenama dan tidak sah tidak digalakkan penggunaannya dan pengguna perlulah membaca label pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jakim bagi umat Islam. Sekiranya penggunaan ubat gigi berjenama murah memberikan kesan sampingan maka aduan bolehlah dibuat kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan atau Pusat Khimat aduan Pengguna.

2. Menjelaskan bagaimana iklan digunakan bagi memanipulasi pemikiran dan mempengaruhi pengguna selama ini dengan iklan yang mengelirukan.

3. Akta Jual Beli Rumah dan Kenderaan tidak menggunakan perkataan ‘booking fee’ dan ia adalah perkataan atau perlakuan pemasaran yang diikuti oleh orang ramai tanpa mengesahkan istilah tersebut.

4. Tiada sebarang caj dikenakan untuk mengisukan resit. Sebagai contoh, kebanyakkan restoran dan kedai-kedai enggan mengisukan resit bagi menggelakkan pembayaran cukai. Kedai-kedai adalah dibawah bidangkuasa Kementerian Perdangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan isu harga bateri juga adalah dalam bidangkuasa KPDNKK. Maka, cara terbaik adalah dengan memberikan maklumat kepada pihak penguatkuasa bagi tindakan selanjutnya serta sebagai pengguna yang bertanggungjawab, perlulah mendapatkan resit sebagai bukti pembelian.

 

Last Updated on Monday, 01 March 2010 17:24
 
 

HPM 2011