| JKKK Kg.Arab, Port Dickson |
|
|
|
| Tuesday, 02 March 2010 15:36 | |
|
Masalah: 1. Bergantung kepada jenama barangan yang dikenali dan enggan bertukar jenama walaupun harganya murah. 2. Membuat aduan sahaja tidak memberi kesan positif kepada isu harga yang semakin lama semakin meningkat. Sebagai contoh, pekedai menjual barangan yang mempunyai perbezaan harga barang yag amat ketara. 3. Menyeru supaya FOMCA memainkan peranan menjelaskan isu kenaikan harga yang tidak stabil kepada kerajaan. Cadangan daripada 3K : 1. Beralih kepada barangan generik yang mampu mengurangkan kos dan hanya segelintir daripada peserta yang memaklumkan akan mencuba jenama lain atau barangan generik. 2. Elakkan daripada membeli di kedai yang harganya lebih mahal. Para peserta mengharapkan pihak penguatkuasa sepenuhnya untuk mengambil tindakan daripada bertindak sendiri. 3. Penceramah menjelaskan bahawa FOMCA mempunyai fungsi terhad. FOMCA memainkan peranan menerusi polisi dan penyelidikan dan berserta dengan kempen 3K yang bermotif untuk memberikan maklumat agar pengguna akan bertindak lebih proaktif dan menggunakan kuasa sebagai pengguna yang berhemat.
|
|
| Last Updated on Friday, 05 March 2010 17:50 |





