| Universiti Malaya |
|
|
|
| Tuesday, 30 March 2010 17:00 |
|
Bengkel 3K telah dijalankan di Universiti Malaya, Petaling Jaya pada 17 Mac 2010. Bengkel ini bermula pada 9 pagi dan berakhir pada pukul 1 petang. Bengkel ini disertai oleh 90 orang pelajar. Penceramah telan menekankan 4 slot iaitu: • Hak dan Peranan Pengguna • Penggunaan Berhemat • Pengurusan Kewangan • Aduan dan Tebus Ganti Maklumbalas: 1. Pemandu teksi yang mengenakan bayaran sesuka hati dan enggan memberikan resit. 2. Perkhimatan pelanggan di sebuah syarikat yang tidak menyambung talian ke bahagian yang diingini sebaliknya panggilan dipindah dari satu bahagian ke bahagian yang lain sehingga kredit telepon habis. 3. Peserta menanyakan kadar peratusan aduan yang telah diselesaikan oleh Pusat Khimat Aduan Pengguna (NCCC). Cadangan daripada 3K : 1. Menanyakan pemandu teksi sama ada menggunakan meter teksi sebelum menggunakan perkhimatan teksi berkenaan dan berhenti menaiki teksi yang tidak menggunakan meter. Pada masa yang sama, membuat aduan kepada Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta Pusat Khimat Aduan Pengguna (NCCC). 2. Membuat aduan secara bertulis kepada syarikat berkenaan dan kalau boleh melawat premis berkenaan semasa membuat aduan. Penceramah menekankan isu penggunaan ‘polystyrene’ dalam pembungkusan makanan. Antara faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan adalah: • Menjejaskan kesihatan jika menggunakannya dalam jangka masa yang panjang. • Jangka masa yang panjang untuk dicerai, membawa beban yang lebih kepada bumi kita. • Tidak baik dan tidak lestari kepada alam sekitar. |
| Last Updated on Monday, 24 May 2010 17:24 |





