| Pemeriksaan berkala elak terkandas |
|
|
|
| Wednesday, 18 March 2009 08:35 |
|
Sama ada anda menggunakan kereta terpakai atau baru, aspek yang perlu diambil berat adalah pretasi serta keselamatnnya. Jika bercadang membeli kereta terpakai, seboleh – bolehnya bawa bersama mekanik atau rakan yang mahir bagi memeriksa kenderaan yang hendak dibeli, membolehkan kita mengesan kerosakan. Bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak bermasalah, pemilik dinasihatkan melakukan penyelenggaraan secara berkala. Dapatkan nasihat dari pusat servis supaya anda boleh lakukan sendiri apabila mempunyai waktu lapang. Dengan adanya rutin penjagaan secara berkala, pengguna mengetahui keadaan kenderaan seperti mengesan bahagian atau komponen yang haus atau rosak dan perlu diganti. Keadaan ini perlu dilakukan untuk mengelak kereta tidak fungsi ketika dalam perjalanan, terutama ketika kesesakan lalu lintas dan perjalanan jauh. Suatu langkah bijak ialah pemilik kenderaan menjadualkan menyelenggaran dan menetapkan waktu yang sesuai untuk kerja membaikinya. Ramai yang tidak mengmbil berat untuk melakukan pemerikasaan, sebaliknya hanya mengharapkan pusat servis melakukanya sedangkan antara tempoh servis itu, pelbagai masalah boleh berlaku. Sebahagian pemeriksaan boleh dilakukan sendiri, seperti bunga dan tekanan again tayar, tahap minyak pelincir, air bateri dan pengelap cermin. Jadikan amalan berjalan mengelilingi kereta setiap pagi sambil memeriksa tekanan again tayar, lampu isyarat serta lampu besar agar sebarang kerosakan boleh dikesan. Jika Kadar kehausan pada tayar tidak seimbangan, menunjukkan penjajaran tayar tidak betuldan perlu dijajar semula. Jika jajaran roda sentiasa sempurna, jangka hayat tayar yang sekarang makin mahal, Akan lebih lama boleh membolehkan kita menjimatkan Kos. Sekurang-kurangnya seminggu sekali periksa bahagian bahagian enjin, terutama tahap minyak pelincir, cecair brek dan stereng kuasa, air dan air bateri. Jika tahap minyak pelincir berkurangan, periksa kemungkinan berlaku kebocoran kerana minyak pelincir tidak akan berkurangan jika enjin sempurna. Begitu juga dengan cecair brek, tidak akan berkurangan jika tidak berlaku kebocoran. Jika minyak brek berkurangan tapi tiada kebocoran dikesan, ia menunjukkan pad brek sudah haus dan perlu diperiksa sama ada perlu diperiksa sama ada perlu diganti atau tidak. Bateri yang kekurangan cecairnya boleh membawa padah, termasuk bateri tidak berfungsi dan lebih buruk, ia menjadi panas dan terbakar. Air dalam radiator perlu diperiksa selalu kerana ia amat penting memastikan enjin tidak terlalu panas, terutama ketika kesesakan lalu lintas. Pastikan anda mengganti minyak gear, Sama ada jual manual atau automatic, mengikut jadual waktu ditetapkan kerana minyak gear yang terlalu lama akan kehilangan kelikatanya lalu gagal melindungi geseran komponen gear. |
| Last Updated on Thursday, 10 June 2010 11:36 |





