| Tip-tip elakkan kenderaan dicuri |
|
|
|
| Wednesday, 18 March 2009 08:28 |
|
Memiliki kenderaan sendiri bukanlah sesuatu yang mudah kecuali jika dilahirkan dalam keluarga yang berada. Bagi yang terpaksa bekerja dan menyimpan hasil titik peluh untuk membayar wang pendahuluan kereta selain wang bayaran ansuran setiap bulan pastinya rasa kecewa dan terganggu apabila kereta kesayangan dicuri. Bukan hanya ia boleh mengganggu perjalanan kewangan tetapi juga turut menyukarkan kehidupan seharian terutama apabila sentiasa bergantung kepada kenderaan persendirian untuk bergerak terutama ke tempat kerja. Malah, keaderaan juga adalah keperluan harian yang terpenting.. Lazimnya, kecurian kenderaan sering berlaku di tempat letak kereta awam, kompleks beli belah, hadapan rumah dan di tepi jalan raya. Antara factor yang menyebabkan berlakunya kecurian kenderaan ialah kadang-kala pengguna lupa menguncikan kenderaan masing- masing. Selain itu, tiada kunci tambahan turut memudahkan pencuri melakukan aktiviti jenayah mereka. Justeru, pemasangan kunci tambahan untuk stering, gear, road dan kelac boleh melengahkan usaha pencuri yang menjalankan kegiatan tidak bermoral itu. Perbuatan meletakkan kereta di tempat yang terpencil atau gelap di waktu malam perlulah dielakkan bagi menghindari kenderaan daripada dicuri. Pengguna juga perlu mengelakkan daripada meninggalkan daripada meninggalkan barangan berharga seperti laptop dan kemera di dalam kenderaan. Jika terpaksa juga berbuat demikian, tanggalkan bateri peralatan itu dan menyorokkan dari pandangan. Pemasangan alat penggera yang baik juga mampu mengelakkan kenderaan daripada dicuri. Pastikan anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak disalin semasa menghantar kenderaan anda untuk servis. Elakkan daripada menyerahkan kunci kepada jockey kereta. Pengukiran nombor pendaftaran pada cermin kereta (sandblasting) adalah salah satu kaedah untuk mengesan kenderaan yang suri. Bagi motosikal pula, pastikan ia dikuncikan sebaik ia tinggalkan. Letakkan ia di tempat mudah dilihat pada waktu malam. Rantai atau kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dicuri. Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukir nombor pendaftaran motosikal pada bahagian yang jelas dilihat. Bak kata pepatah, beringat sebelum kena adalah langkah terbaik mengelakkan kejadian yang tidak diingin berlaku. |
| Last Updated on Friday, 14 May 2010 16:36 |





