Home Tips Aset Kereta Pasangkan alat keselamatan elak kereta kena curi

3K in Facebook

 

3K kini dalam FACEBOOK - Sertailah 'HOT CONSUMERS" sekarang
Klik di sini untuk menyertai facebook kami 

 
Pasangkan alat keselamatan elak kereta kena curi PDF Print E-mail
Wednesday, 18 March 2009 08:32
Bukan senang untuk memiliki kenderaan sendiri kecuali jika anda dilahirankan dalam keluarga yang berada. Bagi yang terpaksa bekerja dan menyimpan hasil titik peluh untuk membayar wang pendahuluan kereta selain wang bayaran ansuran setiap bulan pastinya rasa kecewa dan terganggu apabila kereta kesayang dicuri.

Bukan hanya ia boleh mengganggu perjalanan kewangan tetapi juga turut menyukarkan kehidupan seharian terutama apabila sentiasa bergantung kepada kenderaan persendirian untuk bergerak terutaman ke tempat kerja.

Lazimnya kecurian kenderaan sering berlaku di tempat letak kereta awam, kompleks beli belah, hadapan rumah dan di tepi jalan raya.

Antara factor yang menyebabkan berlakunya kecurian kenderaan ialah kadang- kala akibat kecuaian pemilik sendiri termasuk lupa mengunci kenderaan.

Selain itu, tiada kunci tambahan turut memudahkan pencuri melakukan aktiviti jenayah mereka.

Justeru, pemasangan kunci tambahan untuk sering, gear dan roda boleh melengahkan usaha pencuri yang menjalankan kegiatan tidak bermoral itu.

Perbuatan meletakkan kereta di tempat yang terpencil atau gelap di waktu malam juga perlu dielakkan bagi menghindari kenderaan daripada dicuri.

Pengguna juga perlu mengelakkan daripada meninggalkan barangan berharga seperti laptop dan kemera di dalam kenderaan. Jika terpaksa juga berbuat demikian, tanggalkan bateri peralatan itu dan menyorokkan dari pandangan.

Pemasangan alat penggera yang baik juga mampu mengelakkan kenderaan daripada dicuri.

Pastikan anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak disalin semasa menghantar kenderaan anda untuk servis.

Elakkan daripada menyerahkan kunci kepada jockey kereta.

Pengukiran nombor pendaftaran pada cermin kereta (sandblasting) adalah salah satu kaedah untuk mengesan kenderaan yang dicuri.

Bagi motosikal pula, pastikan ia kunci sebaik ia tinggalkan. Letakkan ia di tempat mudah dilihat pada waktu malam.

Rantai atau kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dicuri.

Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukir nombor pendaftaran motosikal pada bahagian yang jelas dilihat.

Bak kata pepatah, beringat sebelum kena adalah langkah terbaik mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.