| Kemasan lantai penting untuk keselesaan |
|
|
|
| Wednesday, 18 March 2009 08:48 |
|
Tampilkan gaya dan identiti pemilik rumah Pemilihan lantai yabg sesuai mampu menyerlahkan penampilan kediaman dan membuatkan sesiapa yang melangkah masuk tertarik dan merasa selesa berada di dalam rumah berkenaan. Perkara utama yang dititik beratkan dalam memilih kemasan lantai ialah bahan yang tahan dan kuat. Oleh itu, kualiti kemasan lantai penting bagi menghasilkan dan mendapatkan ruang dalaman yang baik dan lebih selesa. Sebagai pengguna bijak, anda sepatutnya tidak terlalu berkira mengenai harga. Apa salahnya anda membeli kemasan lantai yang berkualiti dan harganya mahal sedikit untuk jangka panjang daripada memilih jenis yang murah daripada rekaan yang kurang bermutu dan tidak berkualiti. Bahan yang murah lazimnya tidak tahan lama dan kesannya dapat dirasai apabila permukaan lantai semakin pudar malah ada yang retak sehingga mencacatkan penampilan. Akhirnya anda juga yang rugi kerana terpaksa mengeluarkan wang sekali lagi untuk menukar kemasan lantai. Bagi lantai di ruang tamu perlu menampilkan imej dan identity pemilik kerana di sinilah bermulanya langkah pertama dalam dalam kediaman anda. Justeru, ruangtamu sering diutamakan dengan meletakkan kemasan lantai yang lebih mahal dan tampak mewah. Kebanyakan pemilik kediaman memilih batu marmar atau jubin seramik berkualiti tinggi dan ada juga yang menggunakan lantai kayu bagi menampakkan kesan bahan semula jadi kesan tekstur yang lembut. Dapur pula memerlukan bahan kemasan lantai yang lasak kerana banyak pergerakan berlaku di sini. Ruang ini mudah basah dan terdedah kepada kekotoran selain itu, lantai lincin dan tumpahan air, minyak atau objek tajam sebaiknya, pilih lantai daripada jubin homogeneous, mozek atau slate kerana mudah dicuci, tahan licin dan than lasak. Bahagian paling penting dan memerlukan kemasan lantai yang paling selesa ialah bilik tidur kerana di sinilah tempat anda berehat dan menenangkan fikiran selepas penat bekerja. Bagi mengelak kaki terasa sejuk pada waktu pagi atau selepas mandi maka elak mengguna jubin seramik. Gunakan kemasan lantai kayu atau dialaskan dengan permaidani. Jangan dilupakan bilik air yang paling basah dan licin. Bagi mengelak bilik air sentiasa basah maka bahan kemasan lantai mestilah daripada bahan yang cepat kering dan tidak licin. Dengan gaya bilik air masa kini,bilik air telah menjadi ruang istirahat terapi minda maka pemilihan bahan kemasan dipelbagai tetapi faktor keselamatan dan kebersihan perlu dititikberatkan. Bagi yang ingin mengubah suai ruang anjung dan teres pula, anda memerlukan kemasan lantai yang paling tahan lasak dan kukuh kerana kedudukannya yang di luar dan terdedah kepada hujan dan sinaran matahari selain tahan menampung berat tekanan daripada berat kenderaan. Oleh itu, mengikut pakar, bahan kemasan lantai yang sesuai untuk bahagian teres adalah seperti jubin homogeneous, batu halus pebble, jubin terra cotta, bata, granite dan batu slate.
Kelebihan kemasan Jenis lantai kayu |





