Home Tips Aset Rumah Kemalangan Jalan Raya - Langkah Pencegahan

3K in Facebook

 

3K kini dalam FACEBOOK - Sertailah 'HOT CONSUMERS" sekarang
Klik di sini untuk menyertai facebook kami 

 
Kemalangan Jalan Raya - Langkah Pencegahan PDF Print E-mail
Friday, 14 May 2010 16:37

 

•    Sila bertenang dan jangan cemas.

•    Jika ada sesiapa yang tercedera, telefon 999 untuk bantuan.

•    Jika tidak ada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan anda dari aliran trafik ke tempat yang selamat,  jika boleh.

•    Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.

•    Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.

•    Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.

•    Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan (Gambar mengenai kemalangan, jika ada, akan membantu).

•    Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans/pengendali takaful masing-masing.

•    Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah. Ini mungkin menimbulkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.

•    Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan bahawa kenderaan tersebut akan dihantar ke bengkel yang betul. Hubungi syarikat insurans/pengendali takaful anda atau nombor “hotline” kemalangan syarikat tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang bengkel kenderaan yang sepatutnya.

•    Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.

•    Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda dengan segera, walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang tuntutan. Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin akan membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans/pengendali takaful anda dan akan menyebabkan kehilangan NCD anda.

•    Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan masukkan maklumat tambahan yang berkaitan. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan nasihat dari syarikat insurans/pengendali takaful anda.
 
 
BAGAIMANA MENCEGAH KENDERAAN ANDA DARI DICURI?

Jaga Keselamatan Kenderaan Anda.

 •   Kunci kenderaan anda.

 •   Jangan tinggalkan kunci dalam kereta.

 •   Pastikan semua tingkap kenderaan anda ditutup rapat.

 •   Jangan tinggalkan barang berharga di dalam kenderaan anda. Tetapi jika terpaksa, letakkan barang-  barang berharga di tempat yang tidak dapat dilihat atau di dalam but. Pastikan tiada sesiapa melihat anda menyimpan barang-barang di dalam but kenderaan anda.                                 

 •  Jangan tinggalkan kenderaan anda dengan enjin terpasang walaupun untuk seketika sahaja. Kecurian kenderaan selalunya terjadi di kedai runcit, stesen minyak, ATM dan kawasan luar rumah apabila kenderaan dibiarkan seketika untuk melakukan tugasan ringkas atau hanya untuk membuka pintu pagar rumah.

 

Meletak kenderaan.

•    Letakkan kenderaan anda di tempat yang terang – kecurian kenderaan biasanya berlaku pada waktu malam di kawasan yang gelap.

•    Letakkan kenderaan anda di tempat yang mempunyai kawalan keselamatan – pencuri kenderaan tidak sukakan saksi dan lebih menyukai tempat letak kereta yang tidak berjaga.

•    Letakkan kenderaan anda di dalam kawasan rumah bukannya di luar. Kunci pintu kenderaan dan pagar rumah bagi meningkatkan keselamatan kenderaan anda.


Keselamatan.

•    Pencuri professional berkebolehan mencuri mana-mana kenderaan. Walau bagaimanapun, anda boleh menyukarkan pencuri dari mencuri kenderaan anda. Kenderaan yang mempunyai tahap keselamatan yang lebih akan menyulitkannya dari dicuri.

•    Keupayaan kewangan dan pemilihan peribadi anda akan menentukan tahap ciri keselamatan dan jenis alat-alat pencegah kecurian yang terbaik untuk anda.

 

•    Alat pencegah kecurian yang boleh didapati adalah:

-    Penghalang gerak enjin berelektronik.

-    Kunci pintu dan kunci pencucuhan yang lebih baik.

-    Kunci yang mempunyai corak atau kod keselamatan.

-    Radio/pemain cakera padat yang berkod keselamatan atau yang mukanya boleh ditanggalkan.

-    Penandaan nombor kenderaan pada cermin.

-    Alat amaran penggera.

-    Kunci stering/gear/brek.

-    Alat pengesan berelektronik.

Last Updated on Thursday, 27 May 2010 14:57