Home Tips Barangan Beli belah Cara membeli di internet

3K in Facebook

 

3K kini dalam FACEBOOK - Sertailah 'HOT CONSUMERS" sekarang
Klik di sini untuk menyertai facebook kami 

 
Cara membeli di internet PDF Print E-mail
Tuesday, 17 March 2009 18:45
Klik! Cara mudah beli barang

Membeli –belah melalui online elak bersesak di kaunter

Perkembangan teknologi hari ini memang menakjubkan. Jika tidak mahu ketinggalan kita juga perlu pantas mengejarnya dan mempelajari bagaimana memanfaatkan teknologi terkini. Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, keadah membeli secara online kini semakin mendapat tempat. Malah, ia menjadi satu cara mudah untuk berbelanja dan mendapatkan barang keperluan tanpa perlu panjang di kaunter atau bersesak- sesak di pusat membeli-belah.

Hanya menggunakan internet, segala- galanya menjadi mudah di hujung jari anda. Di Negara maju, pembelian melalui internet sudah lama diamalkan. Di Negara kita, walaupun ia masih belum begitu rancak tetapi menunjukkan tanda-tanda positif dan pasti akan berkembang apabila masyarakat, khususnya golongan wanita yang mempunyai kuasa beli yang tinggi semakin mengenali kaedah pembelian secara maya ini.

Online shopping adalah satu cara untuk membeli dengan mudah dan pantas. Anda berpeluang mendapat  barangan edisi terhad atau yang tidak dijual di Negara ini, jika bernasib baik mungkin dapat membeli sesuatu yang diminati pada harga lebih murah berbanding.

Selain itu, anda juga boleh meneliti barangan yang dipamerkan dalam internet, membuat perbandingan harga sebelum menghubungi pihak yang menjual barang itu atau membuat tempahan terus melalui online.

Jika anda belum berpengalaman dan ingin mengetahui bagaimana pembelian secara maya dilakukan, bacalah artikel ini sehingga habis. Mungkin ia dapat membantu, mana tahu satu hari nanti anda menjadi salah seorang ‘pelanggan online’.

Kelebihan membeli di internet pengguna berpeluang membeli-belah pada bila-bila masa tidak kira siang, malam atau tengah malam. Anda tidak perlu terkejar-kejar, berpusing- pusing mencari tempat letak kereta, mengelilingi kompleks membeli- belah untuk mencari barang keperluan dan beratur panjang di kaunter pembayaran.

Melalui internet juga anda dapat mencari barangan yang berkualiti pada harga berpatutan lebih murah. Anda juga boleh membeli model barangan berjenama yang tidak dijual di Negara  kita. Ada juga laman web yang menyiarkan perakuan dan komen pembeli yang pernah menggunakan barangan itu. Anda boleh mempertimbangkan komen mereka sebelum membuat pembelian agar wang yang dikeluarkan berbaloi.


Kekurangan membeli di internet


Anda mungkin terpaksa menunggu lama untuk memiliki barangan yang dibeli. Produk dari luar negara biasanya mengambil masa untuk tiba ke tangan anda. Tidak mustahil juga anda tertipu. Dalam dunia yang serba mencabar ini, ada sgelintir pihak yang mengambil kesempatan melalui internet dengan menjual barangan yang tidak berkualiti, barangan yang tidak berkualiti, barangan langsung.

Jadi anda perlu berhati-hati agar tidak terpedaya. Sebaiknya dapatkan maklumat mengenai syarikat berkenan. Sekiranya syarikat tempatan ia lebih mudah untuk membuat rujukan. Jika ada masalah anda boleh pergi terus ke tempat itu tetapi jika di luar negara mungkin sukar.

Lazimnya pembeli gemar meneliti, membelek dan mencuba sesuatu sebelum membeli, terutama pakaian bagi memastikan ia benar-benar sesuai dan selesa dan selasa  digunakan. Sayangnya, membeli melalui internet tidak memberikan anda peluang ini.anda tidak dapat menyentuh sekadar membaca komen pembeli lain.

Kemungkinan barangan yang tiba itu rosak dan anda perlu menukarnya. Sudah pasti mengambil masa. Sebagai pembeli, pandai-pandailah, anda yang akan menanggung risikonya.

 

Tips membeli:

1. Kunjungi laman membeli belah di internet
2. Cari dan pilih barangan.
3. Pilih cara pembayaran dan masukkan data yang diminta.
4. Jawapan sama ada pembelian anda berjaya atau tidak akan dimaklumkan di laman yang sama
5. Jika berjaya, jangan lupa mencetak dan menyimpan setiap Dokumen yang berkaitan dengan pembelian anda. Ini juga boleh menjadi rujukan jika berlaku masalah ketika proses penghantaran. Anda juga memerlukan document ini jika ada kerosakan sebaik barangan tiba ke tangan anda.pembayaran melalui internet.
6. Kad kredit paling mudah dan selamat. Bagaimanapun, jangan dedahkan nombor keselamatan sosial untuk mengelakkan identiti anda dicuri.
- Kad debit
- Cek
- Kiriman wang
- Paypal iaitu perniagaan e-commerce yang membolehkan pembayaran dan penukaran wang melalui internet yang ditawarkan oleh ebay.

Harus diingat tidak semua barang dari luar Negara dapat dibeli melalui internet. Contohnya, bahan – bahan pornografi dilarang dibawa masuk ke Negara ini.