Home Tips kanak-kanak Keselamatan Kanak kanak Pilih Taska Berdaftar Demi keselamatan

3K in Facebook

 

3K kini dalam FACEBOOK - Sertailah 'HOT CONSUMERS" sekarang
Klik di sini untuk menyertai facebook kami 

 
Pilih Taska Berdaftar Demi keselamatan PDF Print E-mail
Wednesday, 18 March 2009 08:44
Peringkatan taraf hidup masa kini menjadikan kebanyakan ibu bekerja dan ini sekali gus membuatkan anak-anak terpaksa tinggal di rumah pengeasuh atau taman Asuhan Kanak-kanak (Taska).

Keperluan terhadap Taska itu juga menjadikan ramai pengusaha yang berminat membuka Taska terutama di kawasan perumahan baru.

Jadi tidak hairanlah d sesebuah kawasan perumahan terdapat banyak Taska yang menyediakan pelbagai program untuk anak anda.

Untuk menarik perhatian ibubapa, pengusaha kebanyakan berlumba-lumba menghias Taska masing-masing dengan corak lukisan dinding yang menarik serta menyediakan pelbagai kemudahan permainan untuk kanak-kanak.

Bagaimanapun sebelum membuat pilihan Taska terbaik, banyak perkara perlu diambil kira dan ia penting demi menjaga keselamatan si kecil.

Perkara utama dalam pemilihan Taska, anda perlu pastikan Taska berkenaan berdaftar dengan jabatan kebajikan masyarakat (JKM).

Antara kelebihan menghantar anak di Taman asuhan berdaftar dengan JKM termasuk ialah si kecil akan mendapat perhatian sewajarnya memandangkan JKM sudah menetapkan nisbah pengasuh dan kanak- kanak yang perlu dijaga mereka.

Ini kerana JKM menetapkan bahawa hanya lima kanak-kanak berusia antara satu hari hinggatiga tahun diasuh dengan seorang pengasuh manakala 10 kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun pula dengan seorang pengasuh.

Kanak-kanak di Taska akan lebih terjaga kerana JKM menetapkan seorang bayi diperuntukkan dalam seluas tiga hingga lima kaki persegi dalam satu premis Taska.

Dengan adanya peraturan sebegitu, kanak-kanak id Taska berdaftar lebih terjaga dan selamat. Malah, ibu bapa Akan berasa lebih yakin apabila meninggalkan anak ketika waktu bekerja.

Sebagai ibu bapa apabila menghantar anak ke Taska, mereka perlu rajin membuat pemantauan dengan Cara berjumpa, bersemuka dan berbincang dengan pengusaha atau penyelia bertujuan menilai pengetahuanya mengenai tata cara peraturan dan penjagaan anak- anak.

Dalam membuat pilihan Taska pastikan penyelia seorang yang mesra, peramah dan penyayang sekali gus menilai sama ada dia berpengalaman, terlatih serta minta pada tugasnya. Ini kerana jika seseorang penyelia atau guru gemar dengan kerjayanya, anak- anak pasti gembira.

Pastikan kebersihan dipusat asuhan dalam keadaan memuaskan.

Anda harus memahami bentuk pembayaran yuran serta membuat perbandingan dengan pusat jagaan lain. Tanyakan bayaran lebih masa jika lambat mengambil anak.

Pilih taska yang mempunyai program menarik dan tersusun kerana ia membolehkan anak-anak mendapat pengisian, mental jiwa serta emosi sewajarnya.

Di samping itu Taska harus mempunyai insurans. Pastikan ia juga mempunyai salinan peraturan dan simpan satu salinan peraturanya.

Adalah lebih baik sekiranya Taska mempunyai kegiatan membabitkan ibu bapa.

Akhir sekali pastikan taska pilihan anda mempunyai suasana riang dan ceria di persekitarannya kerana ia menjadi factor penggalak pengembangan minda anak-anak.