3K in Facebook

 

3K kini dalam FACEBOOK - Sertailah 'HOT CONSUMERS" sekarang
Klik di sini untuk menyertai facebook kami 

 
Diet
Sarapan Mudah dan Sihat PDF Print E-mail
Tuesday, 08 June 2010 10:42

Sarapan merupakan hidangan terpenting dalam diet harian. Persoalannya mengapa sarapan sangat penting kepada kita?

Last Updated on Tuesday, 08 June 2010 11:04
Read more...
 
Risiko makan banyak di musim raya PDF Print E-mail
Wednesday, 23 September 2009 09:52
SIAPA mampu menolak juadah pagi raya apabila lemang, ketupat dan rendang yang penuh menyelerakan terhidang di atas meja makan menunggu untuk dijamah.

Sementara menanti makan tengah hari, mulut mengunyah biskut raya dan kerepek sambil menonton rancangan menarik sempena raya di kaca televisyen.
Last Updated on Wednesday, 23 September 2009 10:00
Read more...
 
Seimbangkan makanan berprotien PDF Print E-mail
Friday, 04 September 2009 11:39

SYURGA makanan'. Itulah ungkapan yang sesuai digambarkan apabila tiba bulan Ramadan. Bukan sahaja bagi umat Islam, bahkan kaum lain di negara ini terutama dengan adanya bazar Ramadan.

Last Updated on Friday, 04 September 2009 11:45
Read more...
 
Rahsia wanita Jepun ramping PDF Print E-mail
Monday, 17 August 2009 12:00
TABIAT makan memang mampu mengubah diri apatah lagi jika rajin meneliti corak pemakanan yang diwarisi secara tradisional di pelbagai pelosok dunia.

Antara tabiat pemakanan yang sering menjadi tumpuan adalah diet warisan masyarakat Asia khususnya di Jepun, China, Korea, Vietnam, Thailand dan India manakala di Eropah, cara tradisional pemakanan masyarakat Perancis turut menjadi perhatian.
Last Updated on Monday, 17 August 2009 12:03
Read more...
 
Vitamin jadi keperluan tubuh PDF Print E-mail
Wednesday, 18 March 2009 08:45
Badan lemah dan lesu sering kali menjadi gangguan kepada individu untuk menjalani aktiviti seharian termasuk bekerja dan menguruskan rumah tangga.

Banyak faktor yang menyumbang kepada scenario ini termasuk kekurangan vitamin dan mineral dalam badan, kurang bersenam dan kurang rehat serta tidur secukupnya.

Vitamin, misalnya adalah antara zat yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang sihat.

Bagi orang dewasa keperluan vitamin dan mineral ini adalah bagi menjamin tubuh badan sihat. Badan kita tidak dapat membina secara sintesis vitamin dan mineral justeru itu dan ia diperoleh daripada makanan yang diambil.

Untuk memperoleh vitamin, seseorang itu dinasihatkan memakan pelbagai jenis makanan termasuklah buah-buahan, sayur- sayuran dan bijirin.

Antara vitamin yang diperlukan badan adalah, vitaminA,B,B1, B2, B3, B5, B6,B12,C,D,E dan k.

Mengikut Akademi sains Amerika Syarika, ada pelbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan badan dan mengesyorkan pengambilan vitamin dan zat makanan di buat mengikut cadangan keperluan pengambilan Harian (RDA).

Melalui RDA itu keperluan harian yang disyorkan akan ditentukan mengikut kadar anggaran keperluan vitamin dan mineral olen badan.

RDA menetapkan Kadar yang berlainan mengikut USIA dan jantina. Untuk mendapatkan RDA yang betul, vitamin dan mineral mestilah diperoleh daripada makanan yang seimbang.

Pengambilan vitamin bergantung kepada keadaan. Pertama sekali, anda hendaklah merujuk kepada doktor bagi membuat pemeriksaan untuk menentukan keperluan vitamin dan mineral yang sepatutnya diambil. Ada beberapa keadaan di mana vitamin dan mineral tambahan diperlukan iaitu bila mana seseorang itu mengandung atau menyusukan bayi.

Mengikut jurnal kesihatan ramai menganggap pengambilan vitamin dan mineral tidak memudaratkan apabila diambil berlebihan kerana mempercayai lebih banyak lebih baik.

Namun, hakikatnya pengambilan apa saja zat secara berlebihan boleh membawa kesan yang memudaratkan, begitu juga dengan vitamin dan mineral.

Pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan ketidakselesaan dan dalam keadaan tertentu boleh merosakkan sistem badan.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil vitamin dan mineral mengikut sukatan yang disyorkan dan rujuk kepada doktor sebelum mengambil sebarang vitamin dan mineral.

Biasanya doktor anda akan menentukan tahap kesihatan anda dengan nilai vitamin dan mineral yang diperlukan. Vitamin dan mineral tidak boleh menggantikan makanan.

IA hanyalah makanan tambahan yang tidak sepatutnya diambil sebagai satu-satunya sumber zat makanan yang diperlukan oleh badan kita.

Lihatlah dalam akhbar iklan yang banyak menyiarkan produk vitamin yang dijual di farmasi dan rujuklah kepada doktor bagi mengelakkan tersalah ambil vitamin.

 
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Page 1 of 2
 

HPM 2011