Home Tips Kesihatan Diet Miliki bentuk tubuh idaman

3K in Facebook

 

3K kini dalam FACEBOOK - Sertailah 'HOT CONSUMERS" sekarang
Klik di sini untuk menyertai facebook kami 

 
Miliki bentuk tubuh idaman PDF Print E-mail
Tuesday, 17 March 2009 18:43
Kebanyakan wanita biasanya mengalami masakah  berat badan selepas bersalin. Ini kerana ketika hamil, berat badan bertambah da agak sukar untuk mengembalikan bentuk badan asal kerana ia memerlukan ketabahan dan usaha gigih.

Hanya wanita yang benar rajin mengamalkan diet pemakanan yang betul saja sanggup berusha gigih untuk memastikan tidak mengalami berat badan manakala yang malas rela membiarkan tubuh semakin mengembang.

Bagi sesetengah wanita yang mengambil berat terhadap penampilan diri sanggup mengikat perut daripada makan berlebihan untuk ramping tetapi jika  tersilap diet, ia mungkin mengganggu kesihatan diri.

Keghairahan wanita untuk tampil cantik dan menarik juga menjadi faktor kepada kewujudan pusat pelangsingan badan yang tumbuh bagaikan cendawan.

Pusat pelangsingan badan itu pula berlumba- lumba menawarkan pakej menarik  dan tidak kurang juga menampilkan personaliti popular sebagai duta mereka bagi membuktikan keberkesanan program pelangsingan mereka.

Apapun sebelum memilih untuk menjalani program pelangsingan badan itu, wanita perlu terlebih dulu memikir kemampuan kewangan masing- masing dan tidak mudah terpengaruh dengan tawaran murah yang tawaran kerana  ia tidak semurah yang sangka dan kosnya membabitkan jumlah ribuan ringgit.

Sehubungan bijak merancangan kewangan sebelum melangkah ke mana- mana pusat pelangsingan.

Ini kerana ada pusat pelangsingan  yang mengguna teknik pemasaran secara pujukan dengan membuatkan  seseorang  itu merasakan  tubuh mereka amat menjengkelkan dan sangat memerlukan pakej yang mereka tawarkan.

Bagi yang mempunyai wang dan sememangnya ingin menguruskan badan, is adalah langkah sesuai kerana terdapat keistimewaan tersendiri dalam program ini.

Dengan menyertai program ini, pelanggannya  tidak perlu berlapar sebaliknya perunding kecantikan akan memberi bantuan cara pemakanan yang sesuaian dan berjadual menu harian untuk tempoh jangka masa tertentu dan perlu mengikuti.

Selain memberi khidmat nasihat, perunding kecantikan akan sentiasa menghubungi pelanggannya untuk mengetahui  perkembangan terkini dari masa ke semasa.

Disamping mengawal corak pemakanan, program pelangsingan tidak lengkap tanpa alatan bantuan. Antaranya sauna dan selimut sauna yang membantu mengeluarkan toksin daripada badan.

Menariknya mengikut program pelangsingan itu tidak akan berdepan masalah berlapar kerana mereka perlu mengambil makanan tetapi mengikut cara teratur, manakala badan akan sentiasacergas dan paling penting tiada ubat atau suntikan yang diberikan di pusat pelangsingan  seperti ini.

Bagaimanapun bagi mereka yang tidak berkemampuan dinasihatkan menggunakan kaedah lain kerana di pusat pelangsingan ini pakar kecantikannya akan sentiasa memujuk pelanggannya  menambah pakej mereka dan sekali gus memerlukan mereka mengeluarkan wang untuk mendapat tubuh idaman.

Tanpa mengunjungi pusat pelangsingan seseorang wanita itu masih boleh menguruskan badan tetapi ia memerlukan komitmen dan kesungguhan.

Walaupun tidak mempunyai wang yang banyak seseorang itu masih boleh menguruskan badan mereka dengan cara bersenam dan mengawal corak pemakanan.

 
 

HPM 2011