| Pengiraan penggunaan tenaga di dalam rumah dan pejabat anda |
|
|
|
| Written by Administrator | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Thursday, 21 August 2008 10:54 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Bagi kebanyakkan pengguna, sumber tenaga yang paling banyak digunakan di dalam dan di sekeliling rumah atau pejabat mereka adalah tenaga elektrik. Tips ini akan memfokus kepada penggunaan tenaga elektrik dan bagaimana untuk mengiranya secara eksklusif. Gaya hidup yang membazir telah dikenal pasti sebagai salah satu sebab yang menyebabkan peningkatan penggunaan tenaga elektrik per kapita. Pemilihan alat elektrik dan rekebentuk rumah atau pejabat juga akan menyumbang terhadap keadaan ini. Memandangkan banyak alat elektrik mempunyai tetapan yang berlingkungan (sebagai contoh, volume pada sesebuah radio), jumlah sebenar kuasa yang digunakan bergantung pada tetapan yang digunakan pada bila-bila masa. Gunakan formula yang berikut untuk menganggarkan jumlah tenaga yang telah digunakan oleh alat elektrik yang spesifik: Kuasa (Watt) x Jumlah Jam Digunakan sehari = Jumlah Penggunaan Kilowatt-jam (kWj) Seharian (1 kilowatt (kw) = 1,000 Watt) Contoh:
Contoh Kuasa Peralatan Elektrik Dalam Watt Perhatikan juga banyak alat elektrik yang terus mengeluarkan jumlah kuasa yang kecil walaupun mereka adalah dalam keadaan “tutup”. Keadaan ini berlaku dalam banyak alat elektrik yang menggunakan tenaga elektrik seperti VCR, televisyen, stereo, komputer dan alat elektrik dapur. Hal ini akan meningkatkan sedikit watt dalam penggunaan tenaga alat elektrik dalam masa sejam. Tanggungan ini boleh dielakkan dengan mengeluarkan soket alat elektrik.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Last Updated on Thursday, 26 February 2009 10:15 |





Bahan api dan tenaga adalah berkait rapat antara satu sama lain kerana pengeluaran tenaga yang bergantung terutamanya pada bahan api fosil. Peningkatan harga bahan api akan menyebabkan peningkatan kos elektrik. Adalah penting untuk kita mengetahui bagaimana mengira penggunaan tenaga anda sendiri di dalam dan di sekeliling rumah atau pejabat. 