| Tips membeli belah |
|
|
|
| Friday, 06 March 2009 10:21 |
|
• Senaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang-barang yang tidak perlu. • Jangan membeli-belah semasa lapar. Keadaan lapar mendorong kita membeli lebih daripada yang diperlukan. • Jangan membawa wang yang berlebihan daripada anggaran harga keperluan yang disenaraikan. • Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus, jangan membeli secara sedikit-sedikit kerana ini akan menyebabkan kita sering ke kedai. • Beli barangan keperluan secukupnya. Pembelian yang berlebihan adalah membazir. • Pastikan barang-barang yang hendak dibeli mempunyai harga yang berpatutan. • Elakkan membawa ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar daripada senarai. • Berubah kepada produk generik (house brand) dan utamakan Barangan Buatan Malaysia. • Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran berbanding makanan yang diproses. • Gunakan bakul semasa membeli belah berbanding troli. • Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga. • Gunakan wang tunai. Elakkan pengunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan. • Amalkan pembelian terancang. Utamakan keperluan daripada kemahuan. |
| Last Updated on Friday, 13 March 2009 12:07 |





